SURAT KELULUSAN
SIJIL PENDAFTARAN KELAB
BORANG KEAHLIAN
PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN GIMNASTIK DARUL IMAN
FASAL 1. NAMA
Badan Sukan ini
dikenali dengan nama KELAB SUKAN
GIMNASTIK DARUL IMAN atau
ringkasnya disebut sebagai KSG DARUL
IMAN di dalam Perlembagaan ini.
FASAL 2.
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1 Alamat Berdaftar
Alamat berdaftar (termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi badan sukan)
Kelab KSG DARUL IMAN ialah di DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK ALOR
LIMBAT, 21400 MARANG, TERENGGANU.
2.2 Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan
Jawatankuasa Induk Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat
kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya.
Perubahan alamat berdaftar hendaklah
dimaklumkan kepada badan gabungannya di peringkat daerah.
FASAL 3. DEFINISI
3.1
KSG DARUL IMAN bermakna Kelab Sukan Gimnastik Darul Iman
3.2
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat
yang diadakan oleh Kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam
Fasal 14 perlembagaan ini.
3.3
MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat
yang diadakan oleh Kelab ini seperti yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan
ini.
3.4
JAWATANKUASA
INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi
yang mentadbir perjalanan Kelab
dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan
dasar-dasar Kelab yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini.
3.5
JAWATANKUASA bermakna
Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut
Fasal 21.
3.6
PEGAWAI bermakna
semua Ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa-Jawatankuasa dan mana-mana orang
yang diberikan kuasa untuk menjalankan tugas dan fungsi Kelab.
3.7
PEMEGANG JAWATAN
bermakna mana-mana orang yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung
Tahunan dan atau dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk Kelab.
3.8
PEJABAT bermakna alamat
berdaftar Kelab seperti yang ditetapkan
dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.
3.9
AHLI KELAB bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.
3.10
PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di
bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.
FASAL 4. OBJEKTIF
DAN FUNGSI
4.1
Objektif Kelab
antaranya seperti berikut:
(a)
untuk merancang
dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Sukan Gimnastik;
(b)
untuk mempromosi,
menggalak dan membangunkan Sukan Gimnastik
di peringkat kelab;
(c)
untuk memilih
atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandinganSsukan Gimnastik; dan
(d)
untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.
4.2
Fungsi Kelab
antaranya seperti berikut:
(a)
bertindak
sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus Sukan Gimnastik di
peringkat kelab;
(b)
mewujudkan dan memberi
kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang Sukan Gimnastik di
kalangan ahli-ahli;
(c)
mengendali
kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;
(d)
menganjur atau
membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi Sukan Gimnastik diperingkat
kelab. Bagi penganjuran di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa kelab hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola /
perwakilan;
(e)
menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli;
(f)
mengekalkan
hubungan baik dengan badan pengelolanya / perwakilan dan persatuan-persatuan
sukan atau agensi yang lain;
(g)
memastikan
prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke pertandingan-pertandingkan yang
disertai adalah terbuka dan adil;
(h)
memastikan
bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah
berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;
(i)
memastikan
perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi
dan diikuti oleh semua ahli;
(j)
memastikan
laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya
disediakan;
(k)
memastikan
kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan Kelab
tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
(l)
memastikan semua
keuntungan yang diperolehi oleh Kelab
melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk
meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini.
Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau
perbelanjaan kepada ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki
harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung
Kewangan Kelab.
FASAL 5. LOGO
/ LAMBANG
Logo/lambang
Kelab ini ialah seperti berikut KSG Darul Iman
Seperti Di
Lampiran
FASAL 6. KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbahagi kepada
kategori berikut:
6.1 Ahli Individu
Terdiri daripada
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
6.2 Ahli Remaja
Terdiri daipada
Individu-individu yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun yang mendapat
kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.
6.3 Ahli Kehormat
Terdiri daripada Individu-individu
yang pernah berjasa kepada Kelab atau
individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada Kelab.
FASAL
7. YURAN KEAHLIAN
7.1
Setiap ahli
hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Kelab seperti berikut :
BIL
|
JENIS KEAHLIAN
|
YURAN
PENDAFTARAN
|
YURAN TAHUNAN
|
1
|
Ahli Individu
|
RM 10.00
|
RM 24.00
|
2
|
Ahli Remaja
|
RM 10.00
|
RM 12.00
|
3
|
Ahli Kehormat
|
RM 10.00
|
RM 24.00
|
7.2
Yuran tahunan
hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari.
Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan
7.3
Kegagalan untuk
menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh satu
( 1 ) tahun menyebabkan keahliannya
terbatal.
7.4
Mana-mana ahli
yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah
mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran,
yuran tahunan dan penalti sebanyak RM
10.00. Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada
kelulusan Jawatankuasa Induk.
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1 Permohonan
menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan
dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa
Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
8.2 Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak,
sebab-sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.
FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
9.1
Semua ahli
mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:
(a)
berhak untuk
menyertai segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini;
(b)
berhak menerima
dengan percuma satu salinan perlembagaan Kelab semasa pendaftaran dan diberi
sekali sekali sahaja; dan
(c) berhak
menggunakan kemudahan dan premis Kelab ini tertakluk kepada peraturan yang
ditetapkan.
9.2
Tiap-tiap ahli
hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi:
(a)
perlembagaan,
undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan kecil,
amalan-amalan terbaik yang diterimapakai oleh badan-badan sukan di peringkat
tempatan dan antarabangsa;
(b)
segala bidang
kuasa Kelab sukan ini; dan
(c)
segala peraturan
dan undang-undang berkaitan dengan sukan
ini.
FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
10.1 Ahli
Individu
Semua ahli individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1
Februari tahun tersebut berhak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
10.2 Ahli Remaja
Semua ahli
remaja yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut berhak untuk menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mesyuarat
tersebut.
10.3 Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
pemerhati.
FASAL
11. PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
11.1
Setiap ahli berhak untuk hadir ke dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
11.1
Nama-nama ahli hendaklah disampaikan secara bertulis
kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan.
FASAL
12. DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG
JAWATAN
Jawatankuasa Tatatertib setelah mendapati
mana-mana ahli, pegawai dan pemegang jawatan:
(a)
telah melanggar,
gagal, enggan, atau tidak mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk gagal memenuhi
komitmen sebagai ahli sepertimana Fasal 9.2;
(b)
bertindak secara
tidak wajar atau memudaratkan Kelab dan kepentingannya; dan tidak selari dengan
matlamat Kelab dan sukan itu sendiri; dan
(c)
membawa keaiban
kepada Kelab, ahli Kelab, sukan itu sendiri dan negara.
boleh memulakan
prosiding disiplin terhadap ahli, pegawai atau pemegang jawatan tersebut
tertakluk kepada kuasa, prosedur disiplin yang ditetapkan oleh Jawatnkuasa
Induk. Ahli, pegawai dan pemegang
jawatan yang terlibat, berhak untuk mendapat keadilan semulajadi (natural justice ).
FASAL 13. PEMBERHENTIAN,
PENGGANTUNGAN DAN PEMECATAN AHLI /
PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN
13.1 Mana-mana ahli atau pemegang jawatan yang
membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu
diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti
menjadi ahli kelab.
13.2 Penggantungan atau pemecatan ahli atau
pemegang jawatan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah melalui
proses keadilan semulajadi.
13.3 Pemberhentian atau pemecatan mana-mana
pegawai atau pemegang jawatan yang dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa
Induk adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam perlantikannya.
13.4 Setiap ahli
atau pemegang jawatan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang
bertentangan dengan perlembagaan Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya
atau jawatannya bagi tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah. Surat tunjuk
sebab hendaklah dikemukakan kepada ahli atau pemegang jawatan tersebut sebelum
tindakan pemecatan atau penggantungannya dibuat.
13.5 Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah
berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
13.6 Mana-mana
ahli, pegawai atau pemegang jawatan yang keahliannya dipecat atau jawatannya
digantung boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib
13.7
Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima, menolak atau
membuat apa-apa keputusan lain yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib
dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.
FASAL 14. MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
14.1
Mesyuarat Agung Tahunan ialah
mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli Kelab. Ia merupakan kuasa perundangan
tertinggi untuk membuat keputusan.
14.2 Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh November
(nyatakan tarikh/bulan) tiap-tiap
tahun.
14.3
Jika Kelab gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya mengikut tempoh
yang ditetapkan dalam fasal 14.2 dan 14.7,
Kelab hendaklah merujuk kepada Pesuruhjaya untuk pelanjutan masa bagi
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.4
Notis Mesyuarat Agung Tahunan
(a) Dua (2) notis Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah dihantar secara bertulis sama ada melalui fax, e-mail, surat
berdaftar atau serahan tangan.
(b) Notis pertama hendaklah dihantar
kepada setiap ahli sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan
perkara-perkara berikut:
(i)
Tarikh
(ii)
Hari
(iii)
Masa
(iv)
Tempat Mesyuarat
diadakan
(c)
Notis kedua
hendaklah dikeluarkan kepada setiap ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu (21)
hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan yang disertakan dengan perkara-perkara berikut;
(i)
Agenda
(ii)
Laporan aktiviti
(iii)
Laporan kewangan
(iv)
Borang maklumat
perwakilan ke Mesyuarat Agung
(v)
Borang
pencalonan (jika berkenaan)
(vi)
Borang
permintaan usul daripada ahli untuk dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(d)
Borang
pencalonan (jika berkenaan) dan
borang maklumat perwakilan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada
Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan.
14. 5 Usul
(a)
Semua usul yang
hendak dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dikemukakan secara
bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
(b) Jika usul ditolak oleh Jawatankuasa
Induk, usul tersebut atau usul baru yang mempunyai maksud yang sama tidak boleh
dikemukakan semula. Usul tersebut hanya boleh dikemukakan semula selepas enam
(6) bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.6 Korum
(a)
Korum bagi
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak
mengundi.
(b) Sekiranya korum tidak mencukupi
selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah
ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh
tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat itu.
(c) Sekiranya korum masih tidak mencukupi
pada mesyuarat yang ditunda itu maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan
mesyuarat tetapi tidak boleh meminda perlembagaan dan membuat apa-apa keputusan
berkaitan dengan kepentingan ahli .
14.7 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
(a)
Mana-mana
Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan selain daripada perkara 14.3,
Pengerusi boleh dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli mesyuarat
yang berhak mengundi, menangguh mesyuarat kepada masa dan tempat yang lain.
(b) Sekiranya mesyuarat Agung Tahunan
ditangguhkan dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari, mesyuarat itu
boleh disambung tanpa mengeluarkan notis mesyuarat yang baru. Walau
bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah
dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat
terdahulu yang masih belum selesai.
(c)
Jika mesyuarat
itu ditangguhkan melebihi daripada tiga puluh (30) hari, notis mesyuarat baru
hendaklah dikeluarkan sama seperti notis asal menurut fasal 14.4. Walau bagaimanapun
tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan
dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang
masih belum selesai.
14.8 Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan
Apa-apa perkara
yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan berkaitan dengan agenda
mesyuarat, prosedur dan tatacara pengendalian mesyuarat hendaklah dirujuk
kepada pengerusi Mesyuarat yang keputusannya adalah muktamad.
14.9
Kaedah Mengundi Dan Keputusan
14.9.1 Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian,
pengundian hendaklah dibuat dengan cara:
(a) mengangkat tangan; atau
(b) jika diminta oleh:
(i) Presiden dengan persetujuan majoriti
ahli mesyuarat; atau
(ii) satu perdua (1/2) daripada ahli Mesyuarat yang berhak mengundi.
menggunakan
kertas undian tertutup.
14.9.2 Keputusan
undian tersebut hendaklah diisytiharkan oleh Presiden sebaik sahaja proses
pengiraan selesai dan keputusan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat.
14.10 Penghantaran Dokumen dan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan
(a)
Setiausaha
hendaklah menghantar setiap minit Mesyuarat Agung Tahunan yang belum disahkan
kepada ahli-ahli dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat itu
diadakan.
(b) Setiausaha hendaklah menyerahkan
kepada Pesuruhjaya dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam
tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Dokumen-dokumen tersebut ialah:
(i) Minit Mesyuarat Jawatankuasa yang
menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan;
(ii) Minit Mesyuarat Agung Tahunan;
(iii) Laporan Aktiviti Tahunan;
(iv) Laporan Kewangan Tahunan;
(v) Senarai Ahli Jawatankuasa terkini;
dan
(vi) dokumen-dokumen lain seperti yang
diarahkan oleh Pesuruhjaya.
FASAL 15. AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Agenda Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah mengandungi
perkara-perkara seperti berikut :
(a) menerima dan mengesahkan minit
Mesyuarat Agung Tahunan sebelumnya;
(b) menerima dan meluluskan Laporan
Jawatankuasa berkenaan kegiatan Kelab
sepanjang tahun sebelumnya;
(c) menerima dan meluluskan laporan
Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun sebelumnya;
(d) pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk
(jika berkenaan); dan
(e) hal-hal lain yang berkaitan.
FASAL 16. MESYUARAT
AGUNG LUAR BIASA
16.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dalam keadaan
berikut:
(a)
dengan
kehendak Presiden;
(b) bila difikirkan mustahak oleh
Jawatankuasa Induk; atau
(c)
atas permintaan
bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2) jumlah ahli yang berhak
mengundi dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.
16.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang
diminta hendaklah diadakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
16.3 Setiausaha hendaklah mengedarkan
notis pemberitahuan dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat
belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.
16.4 Korum Mesyuarat Agung Luar Biasa
adalah sama dengan korum Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu maka
mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan pada hari, masa dan tempat yang sama pada minggu berikut atau pada hari,
masa dan tempat yang ditetapkan oleh Presiden dan jika korum masih tidak
mencukupi pada mesyuarat yang ditangguhkan itu selepas setengah jam daripada
masa yang ditetapkan maka mesyurat itu terbatal.
16.5
Tiada pemilihan
Jawatankuasa Induk boleh diadakan semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa.
FASAL 17. JAWATANKUASA
INDUK
17.1
Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada :
(a)
seorang Presiden
(b) seorang Timbalan Presiden
(c)
seorang Setiausaha
(d) seorang Bendahari
(e) Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa
17.2
Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan memegang
jawatan untuk tempoh selama Dua ( 2
) tahun.
17.3
Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam
Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:
(a)
Warganegara Malaysia
(b)
berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
(c)
bukan seorang yang muflis;
(d)
tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan
dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
(e)
tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang
daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun
yang lalu; dan
(f) sempurna akal.
17.4 Mana-mana
pemegang jawatan yang disabitkan dengan suatu kesalahan di Mahkamah atas
pertuduhan jenayah hendaklah terlucut jawatannya dengan serta-merta.
17.5 Sekiranya
terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Induk yang disebabkan pemegang
jawatannya telah melepaskan jawatan atau telah meninggal dunia, calon yang
mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan Jawatankuasa Induk yang lepas adalah dengan sendirinya layak untuk memegang
jawatan tersebut. Jika tiada calon yang sedemikian atau calon itu menolak
tawaran jawatan itu, pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke
dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.
FASAL 18. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
18.1 Tugas-tugas
Jawatankuasa Induk antaranya adalah seperti berikut:
(a) menubuh
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(b) melantik
Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(c) menguatkuasakan
dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar
Biasa;
(d)
mengurus dan mentadbir kelab secara teratur;
(e)
merancang, melaksana dan menilai program kelab;
(f) mengkaji dan
mencadangkan program-program dan perbelanjaan yang berkaitan;
(g) meluluskan atau
meminda peraturan-peraturan untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau
Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(h) menimbang rayuan
ke atas keputusan Jawatankuasa Tatatertib;
(i) memantau dan
memastikan semua ahli, pegawai dan pemegang jawatan mematuhi perlembagaannya
dan peraturan-peraturan yang ditetapkan Kelab ini;
(j) melantik dan
mengisi mana-mana jawatan kosong yang bergaji;
(k) membangun dan
merangka pelan strategik pembangunan sukan berkenaan di peringkat kelab;
(l) mengambil
tindakan disiplin terhadap mana-mana pemegang jawatan yang melanggar
perlembagaan dan peraturan Kelab;
(m) menimbang
permohonan menjadi ahli Kelab; dan
(n) menyelesaikan
apa-apa masalah pelanggaran peraturan, peraturan kecil, dan disiplin di
kalangan pegawai, pemegang jawatan dan ahli melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan.
FASAL 19. TUGAS
AHLI JAWATANKUASA INDUK
19.1 Presiden
Presiden dalam
masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa
Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
19.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden
melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran kelab. Dia hendaklah
memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.
19.3 Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab dalam
segala pengurusan dan pentadbiran kelab mengikut Perlembagaan dan menjalankan
arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab
mengenai surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan
kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan-catatan mesyuarat.
19.4 Bendahari
Bendahari
hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan buku kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
20.1 Jawatankuasa
Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3)
bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat
hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh
mesyuarat. Presiden dengan bersendirian
atau satu pertiga (1/3) ahli jawatankuasa secara bersama boleh memanggil
Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.
20.2 Korum
mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada satu perdua(1/2)
daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.
FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL
21.1
Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan perlu
untuk membantu perjalanan Kelab seperti berikut:
(a)
Jawatankuasa
Kewangan;
(b) Jawatankuasa Tatatertib; dan
(c)
Jawatankuasa-Jawatankuasa
lain yang difikirkan perlu.
21.2 Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah
menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk.
21.3 Tugas Jawatankuasa Kecil
(a) Jawatankuasa Kewangan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah
mencari sumber pendapatan kelab seperti
tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yang sah dari segi
undang-undang kelab dan undang-undang negara.
(b) Jawatankuasa
Tatatertib
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah
untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli termasuk individu dan
pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
pihak yang telah dikenakan tindakan.
FASAL 22. KEWANGAN
22.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperoleh melalui:
(a)
yuran tahunan
dan penalti kemasukan semula ahli;
(b)
derma dan
tajaan;
(c)
bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang
dibenarkan;
(d)
hasil-hasil
perniagaan kelab; dan
(e)
sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh
undang-undang negara.
22.2. Pendapatan Kelab yang diperolehI hendaklah
digunakan untuk mencapai objektif seperti yang disebut dalam perlembagaan Fasal
4.1.
22.3 Semua cek
atau baucer pembayaran kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan
Presiden atau Setiausaha.
22.4 Perbelanjaan
yang lebih daripada RM 2,000.00 bagi sesuatu masa tidak
boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
22.5 Perbelanjaan
kurang daripada RM 1,000.00 bagi sesuatu masa
boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
22.6 Perbelanjaan
melebihi daripada RM 3,000.00 bagi sesuatu masa hendaklah mendapat
kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa .
22.7 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih
daripada RM 1,000.00 dalam
sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akaun kelab.
22.8 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan
dan Perbelanjaan yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat
Agung Tahunan yang berikutnya.
22.9
Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.
FASAL 23. JURU AUDIT
23.1 Dua orang yang bukannya pemegang jawatan dalam
Jawatankuasa Induk boleh dilantik sebagai Juruaudit. Pelantikan hendaklah
dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatan yang dipegang ialah selama
tempoh dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.
23.2 Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap
penyata kewangan kelab dan membuat
laporan dan pengesahan ke atas penyata kewangan tersebut.
23.3 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik
Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Kelab.
FASAL 24. DISKRIMINASI,
EKSPLOITASI DAN GANGGUAN SEKSUAL.
24.1 Kelab dan ahli kelab ini termasuk individu, pegawai,
pemegang jawatan, jurulatih serta atlet bertanggungjawab menjamin keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira gender, agama dan
bangsa.
24.2 Kelab hendaklah memastikan tiada ekploitasi,
gangguan fizikal, emosi dan seksual dilakukan terhadap mana-mana orang dalam
Kelab.
FASAL 25. KESELAMATAN, INSURAN DAN PERUBATAN
25.1 Kelab
bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli atau atlet yang mengambil bahagian
dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.
25.2 Ahli Kelab atau atlet yang mengambil bahagian dalam
sebarang kejohanan, pertandingan sama
ada di dalam atau di luar negara hendaklah dilindungi oleh insuran yang
dibiayai dan diuruskan oleh Kelab.
25.3 Kelab bertanggungjawab untuk menyediakan
kemudahan perubatan kepada ahli atau
atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama
ada di dalam atau luar negara.
FASAL 26. TAFSIRAN
UNDANG-UNDANG
Di antara Mesyuarat Agung Tahunan,
Jawatankuasa Induk boleh memberi
tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan
ini selagi tafsiran tersebut tidak bercanggah
dengan dasar dan objektif kelab.
FASAL 27. PERTIKAIAN
DALAMAN
Jawatankuasa Induk
dengan kerjasama Jawatankuasa Tatatertib bertangungjawab untuk mewujudkan satu
mekanisme bagi menangani apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan
ahli-ahlinya mengikut prosedur dalaman
yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan Kelab itu. Jika pertikaian gagal
diselesaikan, Kelab tersebut hendaklah merujuk kepada persatuan sukan itu di
peringkat daerah untuk penyelesaian.
FASAL 28. PENAUNG ATAU PENASIHAT
Jawatankuasa
Induk Kelab boleh juga melantik individu-individu tertentu untuk menjadi
penaung atau penasihat bagi kelab ini, sekiranya perlu. Penaung atau Penasihat
tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran kelab dan juga tidak boleh mengundi dan
diundi.
FASAL 29. PINDAAN PERLEMBAGAAN
29.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda
kecuali dengan keputusan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi
dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.
29.2 Apa-apa pindaan kepada perlembagaan
hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar
Biasa. Pindaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan
bertulis daripada Pesuruhjaya.
29.3 Pesuruhjaya boleh mengarahkan kelab
untuk meminda perlembagaan bila ada keperluan untuk berbuat demikian.
FASAL 30. LARANGAN
30.1 Segala bentuk perjudian dan
aktiviti-aktiviti yang bertentangan
dengan undang-undang Malaysia dilarang dilakukan dalam mana-mana premis
kelab.
30.2 Kelab tidak
boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa-apa jua kegiatan
politik atau mana-mana parti politik dan menggunakan nama kelab dalam apa jua
isu-isu politik.
FASAL 31. PEMBUBARAN
31.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat
Agung Luar Biasa dan dengan keputusan oleh dua pertiga(2/3) daripada ahli kelab
yang layak mengundi.
31.2 Sekiranya kelab ini dibubarkan secara yang disebut di atas,
maka semua baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah diserahkan
kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.
31.3
Keputusan
pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu melalui borang-borang yang
ditentukan oleh Pesuruhjaya.
Disahkan betul
oleh:
Pengerusi Setiausaha
_______________________
_______________________
Nama: Mohd Nawi Bin Ismail
Nama: Kamarul Bahri Bin A Khalid
Tarikh: Tarikh:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan